Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
Macam biasa lah , ini adalah tempat wajib bagi pelancong yang datang ke Sabah , Pasar Kraftangan Kota Kinabalu , tengok tajuk dah tahu dah , ( yaaa tahu ) , tempat terkumpulnya Mutiara-Mutiara Asli untuk di jual dengan harga yang murah .
Lokasinya dekat saja , di sekitar Bandar sahaja , di Sinsuran .
Pasar ini dulu di panggil Pasar Philipine kerana ramainya pelarian dari Philipine pindah ke tempat ini , sewaktu Perag Philipine di awal 1980an ( wah mempunyai sedikit teks sejarah di situ, hehe ).
Tempat ini jugak banyak menjual seperti kraftangan , kerongsang , loket , cincin , loket , butang baju , rantai , gelang tangan ( bukan emas ya ) . Menjadi kegilaan untuk pelancong untuk membeli di sini . Kerana semua mutiara-mutiara ini dari mutiara asli air tawar dan mutiara asli air masin laut dalam yang dibekal kan dari Sabah , Philipine dan Indonesia .
Jom kita melihat pula jenis Mutiara yang ada untuk di jualdan di beli . Mutiara Air masin ( Saltwater Pearl ) dan Mutiara Air Tawar ( Freshwater Pearl ). Walopun pada kedua-duanya tidak terdapat perbezaan yang ketara, namun Pasaran terutamanya di Sabah memperlihatkan mutiara air masin ini mempunyai kredibiliti dan nilainya yang tersendiri.
Mutiara Air Masin boleh mencecah ratusan ataupun hampir ribuan ringgit bagi Sebiji, ( inikan lagi seutas, ehe ). Bagi seutas rantai 18 inci mungkin mencecah atau lebih kepada ribuan ringgit di sebabkan ia payah di temui dan payah untuk di hasil kan, berbanding dengan mutiara air tawar yang banyak di hasilkan dan semakin banyak di pasaran. Faktor ini juga mempengaruhi dari permintaan dan penawaran, disebabkan itu ada harga naik turunnya, ( bukan calang taw ). Ini disebabkan Mutiara Air Masin Laut dalam lebih mahal daripada Mutiara Air Tawar , tetapi keduanya tidak mempunyai perbezaan yang ketara, kerana keduanya Asli, ( jangan risau ).
#note, Ada satu lagi jenis Mutiara buatan yang ada di pasaran , iaitu Mutiara Swarovski. Mutiara Swarovski adalah sama dan pengeluarnya juga sama , tetapi lain dari segi konsep penghasilannya, Konsepnya adalah Kristal Swarovski dan kemudian disaluti secara sintetik. Pelbagai warna boleh di hasilkan oleh Mutiara Swarovski ini kerana dipengaruhi oleh Kristal yang ada di dalam nya.
Kalo nak tahu cara mengetahui mutiara itu asli atau tidak, geselkan kedua mutiara itu, jika bunyi seperti ada pasir, ASLI LA TUUUUU, sebab mutiara ni mempunyai lapisan kalsium. Jika digeselkan dan berasa licin , tiruan la tu.
cc : haizanrunsah |
cc : haizanrunsah |
cc : haizanrunsah |
cc : haizanrunsah |
Nak beli kerongsang ke loket ke gelang tangan ke , kena lah datang sendiri, rasa sendiri dan nilai sendiri , baru best, kan .
well , pegi sabah , tak beli Borneo Hunter memang rugi ar . ehe |
Sapa penah pegi Sabah ? Ada beli baju Borneo Hunter ? Tak pun , HeadHunter Borneo ? ( rugi ar tak beli ) |
Setiap pengunjung ke sini, sesiapa tak pernah beli baju T-Shirt Sabah , memang rugiii , sangat rugi , pelancong mana tak di layan dengan baik bila ke sini ? semua akan di layan dengan baik, ( kecuali yang kurang hajo ler, ehe ) . Sabah walopun muka ganas , tapi setiap pelancong datang, semua seronok , tak kira dari mana dan ke mana , datang sahaja , direction akan di beri sebaik mungkin. Pasal yang T-Shirt tadi, sesiapa penah tahu sejarah HeadHunter? Yang pastinya tak ramai yang tahu, Sabah pernah di kenali dengan Borneo HeadHunter ( potong kepala kauuu ) , itu duluuu . Beli HeadHunter , tshirt dengan harga yang berbaloi dan murah , tak kisah la apa juga, HeadHunter ke , apa lagi , Tak perlu malu pakai baju Sabah , sebab Sabah terkenal ke Seluruh negara, orang putih pun pakai selamba, memang tahu akan menjadi tumpuan. Beli baju tuh, kalo pandai berbudi n berbahasa serta peramah, kalo pandai cong, lg dapat lah murah-murah. haha! Tapi kalo menawar melebih-lebih, tak kan pula mereka layan, customer bukan seorang dorang kata. Kan?
Pasar Malam Sabah
cc : haizanrunsah |
cc : haizanrunsah |
Nak makan makanan laut yang fresh seperti ikan, sotong, udang lobster ( bukan hotel ja ada ), ketam, ikan besar ada, ikan kecik pun ada. Bukan setakat banyak jer, murah lagi tuh, boleh pilih-pilih. Yang pasti senang hati. Dan jangan risau, DI JAMIN HALAL.
Jamilah Jewellery
semua gambar kat atas nihhh , cc : haizanrunsah |
Ini semua kedai Jamilah Jewellery , mungkin ada yang cakap, jangan beli kat Pasar Kraftangan, kat situ mahal, pegi beli kat Jamilah tu. Tak jugakk , sapa kata kat Pasar Kraftangan tuh mahal sangat? sama je pun, mungkin ada beza cuma sedikit sebenarnya. Cuma Jamilah Jewellery nih dah di kedaikan dengan bungkusan yang baik serta sususan yang cantik.
Mutiara-mutiara Jamilah nih semua asli, berkualiti, murah, serta banyak pilihan. Nak cari gelang kaki, gelanga tangan, rantai kaki, rantai tangan, loket, cincin, butang baju, anting-anting, semuanya ada sekali. Boleh pilih, kalo kena dengan cara, mungkin boleh dapat Diskaun banyak-banyak.
Yang tak asli pun ada jual jugak lah kat Jamilah Jewellery nih, cuma mereka tak menggalakkan, sebab mereka mengutamakan Mutiara Asli dari Sabah. Itulah "trademark" penjual dari Sabah. ( thumbs up untuk mereka ) .
Nak cari murah-murah pun ada kat situ , nak cari yang mahal-mahal pun ada kat situ jugak. Ada yang bermula dari RM5 sehingga mencecah RM5000 . Percaya tak percaya. Ada yang menjual sebiji-sebiji, boleh pilih mana satu, dan buat macam mana kita nak. Cuma harga dah bercampur lah, janji puas hati.
Mutiara Asli ada tergantung kat leher tuuu. Aha !
Nak merambangkan mata pun boleh jugak kat Jamilah Jewellery nih, sampai juling pun boleh.
Ok ini Makcik saya, nama dia Ntahsapa Bte Takkenal ( siap nipu! ). haha, takda, nih pelancong yang datang kat Sabah. Tengok muka dah kenal, ada darah Mr.Bean. |
Jadi, kita sembang saja memang tak sampai ke mana, apa kata pembaca encik/cik/puan/tuan/saudara/saudari , datang ke Sabah . Tahun ini tahun melawat sabah. Jika kena tarikh, Anda dapat diskaun sehingga 50% . Best tak ? haaa TAK? Tak boleh jadi nih. aha! Datang la yer.
Jika nak datang, jangan lupa hubungi ? Saya! Saya sendiri akan membawa Saudara-Saudari bersiar-siar melilingi Kota Kinabalu. Boleh cari saya di sini. Add Facebook saya. Jangan lupa.
No comments:
Post a Comment